Thursday, 3 September 2009

sakit mata

masuk hari ke tiga aku sakit mata. memang best! kelas tak pegi nak lepak pun tade mood. makan tade selera. bile mau baik nieeeeeeeeeeee? ;( letak ubat cam tade paper. same jugak.

Thursday, 27 August 2009

jumaat best

setiap kali hari jumaat jer mesti kelas dibatalkan. hehe ;) aku best la dapat balik rumah tapi mdm sedih kena jaga anak dekat rumah tengah sakit. tapi takpe kiteorang semua akan doakan utk anak mdm supaya cepat sembuh dan mdm dapat kembali mengajar kiteorang seperti biasa! ;)) lecturer subject ACF kiteorang paling best kot. garang tapi baik! thank you for all the knowledge and encouraging words that you have given us.

Monday, 24 August 2009

meow

boboy

bubu

dua ekor kucing kesayangan ! hehe ;) bubu orang baru.boboy orang lame. bubu reti duduk rumah.boboy sengall asik kuar mencari teman.

hari paling malang.

pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KEI yang banyak membantu aku pada malam semalam.thanks to kei! ;) nanti abu blanje ABC okay. sorry ganggu you semalam tapi terpaksa sebab keje disaat akhir. tak nanti mase present sepatah haram i tak dapat cakap. haha
ckp pasal malang, hari ni hari paling malang sekali. bangun pagi siap pegi kelas management masuk lambat 10 minutes je kiteorg budak laki semua terus kena halau. memang best! da siap semua cari parking kete satu hal pastu sekali tk dpt masuk kelas. dan2 ade plak QUIZ hari nie ! mmg terbaik dari ladang. bengang gile! esok terpakse ramai2 merayu ckp nk buat quiz! tak nanti tk dpt markah. hehe ;) ingat lepas jer kejadian pagi tadi tue semua da okay la. tapi ade lagi! kelas sport science plak buat hal. dtg2 jer okay kelas setakat ni jer kite sambung next week? haha gile bengang! aku punyer penat cari parking kete dekat luar saner jalan cepat2 masuk kelas siapkan keje buat present hari nie last kelas abis macam tue je? hahahaha! malang malang! tamat je kelas dalam perjalanan pulang ke bilik aku buat keputusan balik shah alam berbuka bersama keluarga! lagi best. weeeeeeeeeeeeeee ;) itu lah dugaan hari pertama berpuasa di kolej. baru hari ni je? mcm mane la ngan hari2 akan datang. hahaha mcm2 halllllllllll! daaaaaaaaaaa ^_^

Sunday, 23 August 2009

college

malam nie mlm terakhir berbuka puasa bersama keluarga! pas solat tarikwh kena balik kolej! sucks giler ;( sabtu plak ade test maths! weeeeeeeeeee.nape lar buat hari sabtu! orang nak balik cuti pun susah. hehe isnin kita sama2lah menyambut hari kemerdekaan! merdekaaaaaaaa! merdekaaaaaaaa! tapi apa itu merdeka sepatah haram tak tahu. haha

Saturday, 22 August 2009

puasa pertama

Alhamdullillah. terasa lega apabila dapat menyempurnakan ibadah puasa pertama pada bulan ramadhan ini bersama ahli keluarga. hehe ;) lepas jer solat isya, solat sunat tarawikh dilakukan. abis je tarawikh semua cabut pegi kedai mamak laa! ade EPL beb! hauhauah! tapi pas nie tk dpt buka puasa dekat rumah lagi. buka kat kolej plak. borink sungguh! ;(

Thursday, 20 August 2009

Kelebihan Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.